SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah

    7/2/2023 (Selasa):  Program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling SKSW2 telah diadakan  pada hari ini yang melibatkan 113 orang pelajar tahun 6 SK Sri Wangi 2 dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP2).  Program diadakan di dewan As-Syafie SMKTIP 2. 


    Semua pelajar tahun 6 mula berkumpul di dewan SK Sri Wangi 2 paada jam 7.45 pagi untuk mendengar taklimat, sarapan pagi dan  mencatat kehadiran. Taklimat telah disampaikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dan Penolong Kanan HEM iaitu puan NorZaliza Bt Muktar. Seramai 5 orang guru pengiring yang terlibat untuk mengawal murid sepanjang progran diadakan iaitu cikgu Zuraidah, cikgu Atikah, cikgu Auni, cikgu Damia dan cikgu Zuliadi. Program ini berlangsung sehingga jam 11.15 pagi diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama dengan pihak SMK TIP (2).


    PK HEM cikgu NorZaliza Bt Muktar memberi sedikit taklimat kepada murid tahun 6 sebelum bertolak ke SMK TIP 2 turut bersama ialah PK Pentadbiran cikgu Hanafi

    Murid berjalan kaki dan dikawal oleh guru pengiring untuk memastikan mereka selamat tiba ke SMKTIP2

    Setibanya di SMKTIP 2 murid terasa teruja dengan sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya. Murid-murid disambut dengan lambaian selamat datang oleh PRS dan maskot yang ada di pintu pagar sekolah


    Setibanya di sekolah  murid dibawa ke dewan As-syafie oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk mendengar taklimat daripada pihak SMKTIP2.

    Penolong Kanan HEM cikgu Arifin turut memberi taklimat tentang pengurusan murid  SMTIP 2 

    Guru disiplin SMKTIP 2 cikgu Sharol memberi taklimat tentang peraturan dan disiplin kepada murid sebagai persediaan awal sebelum mereka melangkah ke SMKTIP2

    Cikgu Azuadi selaku kaunselor SMKTIP2 memberi sedikt motivasi dan semangat kepada murid-murid tentang cabaran yang perlu dihadapi apabila melangkah ke alam sekolah menengah

    Murid beratur di kantin sekolah membeli makanan semasa waktu rehat pada jam 10.15 pagi dengan  dibantu oleh  PRS yang bertugas 



    Sesi bergambar bersama-sama pihak SMKTIP2 pada akhir program sebagai kenang kenangan


    Cikgu Zuliadi guru Bimbingan Dan Kaunseling SKSW2 wakil dari pihak sekolah menyampaikan cenderahati kepada pihak SMK TIP 2.

    Akhir kata, kami dari unit bimbingan dan kaunseling SK Sri Wangi 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu pentadbir sekolah, guru pengiring, kaunselor SMKTIP 2 cikgu Azuadi dan cikgu Rohayati, PK HEM cikgu Arifin, cikgu Sharol guru disiplin, Pembimbing Rakan Sebaya SMTIPS 2 dengan sambutan dan kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan program Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah bagi sesi 2022/2023







    Ulasan