SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Pelancaran Duta Sahsiah Murid Peringakat Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2




    31/10/2023 (Selasa): Pelancaran Duta Sahsiah Murid Peringkat SK Sri Wangi 2 diadakan di tapak perhimpunan sekolah bermula jam 7.30 pagi.  Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar encik Ruhaled Bin Ab Hamid  dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Inspektor Radzman dari IPD Gua Musang. Pelancaran in diadakan serentak dengan Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.


    Inspektor Radzman menyarungkan selempang kepada murid yang terpilih sebagai Duta Sahsiah Murid tahun 2023. Turut bersama YDP PIBG encik Zamzani dan Guru Besar En.Ruhaled Bin Ab Hamid

    Duta murid dipilih dalam kalangan murid yang menunjukkan sahsiah yang baik dan terpuji terutama dalam kalangan pemimpin murid seperti pengawas, ketua kelas, ketua unit beruniform atau wakil-wakil murid. 
    Sebahagian daripada murid yang terpilih sebagai Duta Sahsiah  peringkat SKSW2

    Program ini bertujuan untuk memastikan kerjasama antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak PDRM dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah



    Objektif program iini adalah

    • Memantapkan kerjasama antara pihak PDRM dengan KPM dan pihak sekolah dengan PPS
    • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang, tidak bermoral
    • Mengagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dengan melantik murid sebagai Duta Sahsiah dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia



    Ulasan