Pengenalan
Pentaksiran psikometrik (PPSi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah bagi mengenalpasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecederungan murid. Selain itu ia digunakan untuk mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. Perlaksanaan PPSI ditadbir oleh pihak sekolah melalui guru bimbingan dan kaunseling kepada semua pelajar tahun 6 mengikut jadual perlaksanaan yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Seterusnya setelah pelajar menduduki ujian ini, guru bimbingan dan kaunseling akan membuat analisa dan pembentangan dapatan serta intevensi mengikut keperluan pelajar yang terlibat.
TUJUAN PERLAKSANAAN PPSi
1.
Mengukur kebolehan semulajadi & kebolehan yang diperolehi seperti
personaliti, minat kerjaya, aptitud, kemahiran berfikir & kemahiran
menyelesaikan masalah.
2.
Untuk mendapat data yang tepat mengenai profil
psikologi pelajar
3.
Fahami kekuatan & potensi pelajar yang boleh
dibangunkan untuk perkembangan diri pelajar
4.
Guru2 lebih memahami pelajar tentang sikap &
perbezaan individu – guru menyediakan PdP yang relevan & kreatif
5.
Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya
yang realistik.
JAWATANKUASA
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK SK SRI WANGI 2
PENASIHAT
En.Ruhaled Bin Ab Hamid (Guru Besar)
Pengerusi
En.Hanafi Bin Abd Rahman(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1
Pn.Norzaliza Bt Muktar (PK HEM)
Naib Pengerusi 2
Pn. Rosmawaty Bt Husain(GPK Ko-Kurikulum)
Setiausaha
En. Ahmad Zuliadi Bin Mustafa (GB&K)
Ajk Pelaksana
Setiausaha PBS, Penyelaras tahun 6, Guru kelas , Guru B&K
PENUTUP
Dengan perlaksanaan psikometrik ini ia sangat penting untuk mengiktiraf dan memupuk semua kecerdasan individu yang berbeza-beza dan semua kombinasi kecerdasan. Seterusnya memudahkan guru menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan personaliti dan minat murid. Melalui aktiviti yang sesuai, mereka akan sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan penghargaan diri serta berkeyakinan. Kesesuaian antara personaliti dengan persekitaran pembelajaran murid adalah sangat penting bagi memudahkan mereka menerima input yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.
(AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKSW2
Ulasan