SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Perhimpunan Kali Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2022/23 SKSW2

    10/4/2022 (Ahad):  Perhimpunan pagi Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 diadakan pada hari ini melibatkan tahun 5 dan tahun 6 dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.  Perhimpunan yang berlansung bermula jam 7.45 pagi dimulai dengan ucapan pengacara majlis, diteruskan dengan nyayian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kelantan, lagu sekolah, bacaan doa dan ikrar oleh pengawas sekolah. Selain itu murid-murid diberi maklumat aktiviti dan peraturan sekolah, peringatan dan amanah daripada guru yang bertugas iaitu cikgu Azuan. guru disiplin cikgu Wan Noel, cikgu Bimbingan Dan Kaunseling cikgu Zuliadi dan diakhir oleh ucapan guru besar en.Ruhaled. Majlis berjalan lancar dengan pematuhan SOP oleh murid dan guru sepanjang perhimpunan diadakan.
    Murid sedang menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Sultan Kelantan dan lagu Sekolah dengan penuh semangat
    2 orang pengawas  sekolah yang bertugas sebagai pengacara majlis pada pagi ini bagi memastikan atucara perhimpunan berjalan lancar.
    Sebahagian guru yang turut bersama-sama dalam perhimpunan pagi dan sebahagian guru yang lain berada di kelas masing-masing mengikut jadual kelas untuk aktiviti PDPC (Tahun 1,2,3 dan 4 tidak terlibat dengan perhimpunan pada pagi ini)
    Cikgu Azuan menyampaikan laporan guru bertugas kepada murid 
    Ustaz Wan Noel sebagai Ketua Guru Disiplin mengigatkan murid tentang peraturan dan disiplin sekolah yang perlu dipatuhi sepanjang masa
    Perhimpuan pagi diakhiri dengan ucapan dan amanat daripada tuan guru besar en.Ruhaled. Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menuntut ilmu demi masa depan mereka yang merupakan aset penting kepada negara

    Ulasan