Simposium PRS tahap Bongsu (Sekolah Rendah) dan Sulong (Sekolah Menengah) peringkat negeri Kelantan ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu yang berlangsung selama 2 hari iaitu 29-30 jun 2022. Simposium yang diadakan melibatkan PRS sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Kelantan. Bagi daerah Gua Musang sebanyak 5 buah sekolah yang terpilih iaitu SK Gua Musang, SK Sri Wangi 2, SK Renok Baru, SK Paloh 1&2 dan SK Sri Chiku.
Nur Aezyra Muayadullah Bin Mohamad Amirul Amir dari tahun 6 Seroja telah mewakil PRS SK Sri Wangi 2 untuk menyertai simposium tersebut. Tahniah diucapkan kepada beliau atas kejayaan mendapatkan sijil PRS Tahap Bongsu
Ulasan