SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JANUARI HINGGA JULAI SKSW2

     

     

    28/7/2022 (Khamis): Program sambutan hari lahir peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 diadakan di tapak perhimpunan sekolah yang melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2 yang lahir pada  bulan januari hingga julai. 

    Objektif sambutan hari lahir ialah

    Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.

    Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

    Murid merasakan diri mereka  dihargai oleh pihak sekolah

    Memandangkan murid adalah sebahagian daripada aset sekolah dan mereka perlu lebih disayangi dan diraikan

    Program dimulai dengan ucapan pengacara majlis iaitu saudara Aezyra PRS dari kelas 6 Seroja. Seterusnya bacaan doa daripada saudara Danish Daniel PRS tahun 6 Melur diikuti ucapan guru bimbingan dan kaunseling cikgu Ahmad Zuliadi Bin Mustafa dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh tuan guru besar en.Ruhaled bin Ab Hamid. 

    Selepas itu diadakan gimik aktiviti sambutan iaitu tuan guru menyuap kek kepada 3 orang murid yang tarikh lahir mereka jatuh  pada hari ini sambil murid-murid lain menyanyikan lagu selamat hari lahir dan akhir sekali semua murid yang lahir pada  bulam januari hingga julai diberikan kek mengikut  kelas masing-masing dengan kerjasama daripada semua guru kelas. 

    Guru besar menyuapkan kek kepada 3 orang murid di mana bulan kelahiran mereka jatuh pada hari ini iaitu 28 julai 

    Pihak bimbingan dan kaunseling mengucapkan berbanyakan ucapan terima kasih kepada semua guru, pentadbir dan murid-murid atas kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan program sambutan hari lahir. Dan kami juga memohon kemaafan atas kelemahan dan kekurangan yang ada sepanjang mengendalikan program tersebut.
    Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) turut membantu Unit B&K menjayakan program sambutan hari lahir pada kali ini seperti menghias latar belakang, membersihkan kawasan tapak perhimpunan dan sebagainya.

    Sebahagian murid menikmati kek yang diberikan kepada mereka  selepas majlis sambutan hari lahir

    Guru kelas mengagihkan kek kepada murid mengikut kelas masing-masing sambil diperhatikan oleh penolong Kanan HEM puan NorZaliza Bt Muktar

    Ustaz Anas membaca nama-nama murid yang lahir pada bulan januari-julai mengikut kelas masing-masing



    Ulasan