SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat Dan Selamat Di SKSW2


    18/8/2022(Khamis): Majlis pelancaran Program Sekolahku Sejahtera  telah dilaksanakan pada hari ini serentak  di seluruh negara  anjuran Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

    SK Sri Wangi 2 juga tidak ketinggalan mengikuti siaran langsung yang diadakan  menerusi saluran  youtube KPM. Murid-murid mula berkumpul di tapak perhimpunan pada jam 7.20 pagi sebelum mereka di bawa oleh guru kelas untuk menyaksikan pelancaran tersebut mengikut tahap dan tempat. Dimana murid tahap 1 menonton di Pusat Sumber Sekolah (PSS) manakala tahap 2 di dewan Tengku Razaleigh. 

    Program dimulai dengan penerangan program oleh cikgu Atikah kepada semua murid. Seterusnya murid-murid menonton secara live pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat Dan Selamat sehingga jam 9.30 pagi. Diikuti pula dengan ucapan perasmian dan gimik pelancaran peringkat sekolah oleh Koperal Sharul dari IPD Gua Musang . 

    Turut hadir pada pelancaran hari ini ialah Penolong kanan 1 cikgu Hanafi, Penolong Kanan HEM puan Norzaliza,  YDP dan NYDP PIBG SK Sri Wangi2 en.Zamzani dan Che Man. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat Dan Selamat. Dan memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang ada semasa program tersebut berlangsung







    Ulasan