SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65 SK Sri Wangi 2

     16/8/2022 (Selasa): Majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan peringkat SKSW2 diadakan pada hari ini di tapak perhimpunan sekolah bermula jam 7.45 pagi hingga 9.00pagi. Pengacara majlis yang mengendalikan kemeriahan sambutan pada kali ini ialah ustaz Anas.  Banyak acara yang diadakan sepanjang sambutan tersebut seperti ucapan perasmian oleh tuan  guru besar encik Ruhaled Bin Ab Hamid, persembahan tarian dan silat,  perarakan masuk bendera dan nyanyian lagu-lagu patriotik. 

    Bagi memberkati majlis pada kali ini ustaz Wan Noel mengetuai bacaan doa


    Guru besar en.Ruhaled Bin Ab Hamid berucap merasmikan pelancaran sabutan bulan kemerdekaan ke 65 peringkat SKSW2

    Perarakan masuk bendera Malaysia yang dibawa oleh murid tahun 5 cempaka yang diketuai oleh saudara Adam

    Guru besar yang diiringi oleh basikal berhias masuk ke tapak perhimpunan bagi memulakan majlis perasmian  bulan kemerdekaan

    Persembahan tarian joget Malaysia oleh murid perempuan 

    Persembahan silat turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis sambutan pada kali ini

    Diakhir majlis, murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik

    Penolong Kanan 1 en.Hanafi turut menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat bersama-sama dengan murid-murid





     



    Ulasan