SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    PROGRAM MENTOR MENTEE (CELIK MEMBACA) SESI 2022/2023

    *Gambar sekadar hiasan sahaja

    Menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) merupakan satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap murid dalam menempuh arus pendidikan. Sekiranya asas 3M tidak dapat dikuasai, dikuatiri murid-murid akan terus ketinggalan dalam pendidikan seterusnya akan membenarkan mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak bersemangat untuk hadir ke sekolah.

    Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit pemulihan SK Sri Wangi (2) mengambil inisiatif dengan  melaksanakan satu program mentor mentee iaitu aktiviti "Celik Membaca" ini disebabkan  masih ramai yang tidak boleh membaca dan sasaran program ini adalah kepada murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 di mana mereka akan mula melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi.

    Objektifi program ini ialah murid boleh membaca dengan lancar sebelum melangkah ke sekolah menengah, murid lebih berkeyakinan dan seronok datang ke sekolah, murid tidak ketinggalan dalam arus pendidikan.

    Diharapkan program ini dapat mengurangkan bilangan murid yang tidak boleh membaca terutama murid-murid Tahap 2. Selain itu, program ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk hadir ke sekolah dengan perasaan seronok dan berkeyakinan tinggi.

    Ulasan