SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Motivasi Keibubapaan

     18/10/2022 (Selasa): Program motivasi keibubapaan sempena perjumpaan ibubapa murid yang terlibat dengan Program Bantu Membaca peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2.  Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun 1 hingga 6 yang masih berada dalam kategori belum boleh membaca dan boleh membaca sedikit dengan bimbingan. 

    Dalam perjumpaan tersebut guru bimbingan dan kaunseling iaitu cikgu Atikah dan cikgu Zuliadi diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sedikit ceramah keibubapaan kepada ibu bapa yang  hadir. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 12.45 t.hari yang dikendalikan  oleh ustaz Anas sebagai pengacara majlis

    Guru bimbingan dan kaunseling cikgu Atikah dan cikgu Zuliadi menyampaikan ceramah keibubapaan kepada ibu bapa yang hadir. Ceramah disampiakan berkaitan dengan peranan ibubapa untuk memastikan anak mereka berjaya di dunia dan diakhirat

    Cikgu Ruhaled guru besar SKSW2 menyampaikan amanat dan pesanan kepada ibubapa supaya peka dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan bekerjasama dengan pihak sekolah supaya program bantu membaca berjaya dan mencapai objektifnya

    YDP PIBG SK Sri Wangi 2 Encik Zamzani turut memberi ucapan kepada ibu bapa dan turut berjanji akan memberi sedikit cenderahati kepada ibubapa dan anak yang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah dalam program Bantu Membaca

    Sebahagian ibubapa yang hadir dalam perjumpaan yang diadakan. Ini bagi memastikan mereka mendapatkan info dan maklumat tentang perlaksanaan program Bantu Membaca yang dianjurkan oleh pihak sekolah


    Ulasan