SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    SAMBUTAN HARI LAHIR MURID YANG LAHIR PADA BULAN OGOS HINGGA DISEMBER

    5/2/2023 (Ahad): Pada hari ini diadakan sambutan hari lahir murid yang lahir pada bulan ogos hingga disember peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023. Majlis sambutan hari lahir merupakan salah satu aktiviti di bawah program guru penyayang KPM. 

    Majlis sambutan pada kali ini diadakan secara ringkas selepas perhimpunan mingguan sekolah yang dipengerusikan oleh cikgu Zuliadi guru bimbingan dan kaunseling. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir oleh semua murid. Manakala untuk gimik program sambutan hari lahir adik Nasuha Solehah dari kelas tahun 6 Cempaka dan adik Muhammad Farhan Afif dari kelas tahun 1 Cempaka  dipilih untuk disuapkan kek oleh guru besar cikgu Ruhaled.

    Diakhir majlis sambutan, semua murid yang lahir pada bulan ogos hingga disember akan diberikan cup cake oleh guru kelas selepas perhimpunan.

    Ulasan