SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
PERGERAKKAN GBK 2023/2024
YOUTUBE BKSKSW2

Program Transisi Tahun 1: Taklimat Bersama Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dan Guru Disiplin

 26/3/2023 (Ahad): Pada hari ini diadakan taklimat bersama guru bimbingan dan kaunseling dan guru disiplin kepada semua murid tahun 1 sempena program transisi yang diadakan pada minggu ini. Taklimat diadakan bermula jam 8.45 pagi hingga jam 9.45 pagi di dewan sekolah yang dikendalikan oleh cikgu Zuliadi dan ustaz Wan Noel serta dibantu oleh guru kelas  dan guru matapelajaran tahun 1.

Ustaz Wan Noel selaku guru disiplin memberi taklimat berkaitan dengan disiplin dan peraturan sekolah yang wajib dipatuhi oleh murid-murid semasa berada di sekolah seperti pakaian, keluar masuk kelas dan sebagainya.

Cikgu Zuliadi guru bimbingan dan kaunseling menjelaskan kepada murid tentang adab sopan yang perlu murid amalkan semasa berada di sekolah dan dirumah seperti ucapan salam, terima kasih, maafkan saya, selamat sejahtera dan selamat pagi.






Ulasan