SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Saringan Minda Sihat 1 KPM Bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

     1/8/2023 (Selasa): Saringan minda sihat untuk semua murid tahun 5 dan tahunn 6 SK Sri Wangi 2 dijalankan bermula pada hari ini mengikut giliran kelas. Seramai 287 orang murid yang terlibat dan  saringan ini dijalankan di makmal komputer. Semasa menjawab soalan saringan minda sihat murid dibimbing oleh guru bimbingan dan kaunseling iaitu cikgu Noor Atikah dan cikgu Ahmad Zuliadi. 


    Program Minda Sihat dilaksanakan sebagai langkah pencegahan masalah gangguan emosi, memperkasa psikososial, menyokong kesejahteraan emosi dan mental, melaksanakan intervensi dalam membantu murid menguruskan emosi dengan baik serta merujuk murid yang dikenal pasti kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. 

    Program ini mengunakan motto“Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga institusi pendidikan tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan emosi dan mental.

    Objektif program ini adalah untuk;

    -Meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan emosi dan mental murid;
    -Meningkatkan keupayaan murid meregulasi emosi dan kemahiran gaya daya tindak dengan baik;
    -Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.




    Ulasan