SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Ceramah Dan Pameran Antidadah Peringkat SK Sri Wangi 2

     


    1/11/2023 (Rabu): Ceramah dan pameran antidadah peringkat sekolah yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Unit PPDa SK Sri Wangi 2  berjalan dengan lancar  melibatkan semua  murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6.  Program ini diadakan di dewan sekolah  bermula jam 8.00pagi dan berakhir  pada jam 10.15 pagi

    Program ini diadakan bertujuan 

    v  Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid serta warga sekolah tentang punca penagihan  dadah.

    v  Membolehkan murid-murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

    v  Meningkatkan kemahiran murid dalam menghadapi penyalahgunaan dadah dan menggelakkan diri dari terjerumus dengan gejala dadah.

    v  Memupuk sikap menjauhi najis dadah dan mengetahui najis dadah boleh membawa maut sejak di sekolah rendah. 

    Ceramah disampaikan oleh encik Hassan Basri Bin Muhamad Ghazali iaitu pegawai AADK Daerah Gua Musang dan dibantu oleh dua orang rakannya untuk mengendalikan pameran antidadah. 





    Selain daripada ceramah dan pameran murid juga turut ditayangkan video berkaitan dengan bahaya rokok dan diakhir program mereka bersama-sama menyanyikan lagu dadah durjana yang disediakan oleh cikgu Rosli selaku setiusaha PPDA SKSW2

    Terima kasih di atas kerjasama guru-guru, murid dan pihak pentadbir dalam menjayakan program kali ini.

    Ulasan