28/11/2023 (Selasa): Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi persaudaraan dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambutnya pada hari Sabtu minggu keempat bulan Oktober setiap tahun.
Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada setiap tahun. Tema Hari Kanak-Kanak 2023 di Malaysia ialah “Memperkasakan Kanak-Kanak: Membina Masa Depan yang Lebih Baik”.
SK Sri Wangi 2 juga tidak terkecuali untuk meraikan murid-murid kami sebagai bukti keprihatinan pihak sekolah terhadap murid dan masyarakat amnya, kanak-kanak khususnya Antara aktiviti yang dijalankan ialah pakaian bertemakan kerjaya atau cita-cita, persembahan kreativiti murid dan jamuan kelas. Aktiviti ini diadakan selama seminggu bermula 19 hingga 23 november 2023.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
1) Bersama meraikan kanak-kanak bersempena dengan sambutan Hari Kanak- kanak
Sedunia.
2) Menghargai sumbangan dan peranan
kanak-kanak di sekolah.
3) Mewujudkan kesedaran di kalangan
masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
4) Memastikan perkembangan kanak-kanak secara
holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
5) Melahirkan generasi yang dinamik,
progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
6) Melahirkan bangsa yang memiliki
keperibadian cemerlang serta berwibawa.
Program Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah pada tahun ini telah berjalan dengan cemerlang sepertimana yang diharapkan. Bantuan dan sokongan dari semua warga sekolah dalam menyumbang keringat dan sumbangan dari pelbagai pihak adalah sangat dihargai.
Ulasan