30/1/2024: (selasa):
Kempen itu adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang perbuatan
membuli dan gangguan seksual adalah satu jenayah.Selain itu, murid turut diberi
pendedahan cara mengelak daripada dibuli serta gangguan seksual serta mengambil
langkah berjaga-jaga terlibat kedua-dua kes jenayah tersebut.Kempen diadakan
sepanjang tahun sama ada semasa perhimpunan pagi, semasa aktiviti kokurikulum
atau mengikut kesesuaian lain.
Inspektor Razman dari IPD Gua Musang menyampaikan
ucapan dan memberi ingatan kepada murid tentang jenayah buli dan tindakan
tegas oleh pihak PDRM dalam menangani
masalah buli dikalangan murid
Cikgu Ahmad Zuliadi Guru bimbingan dan kaunseling menyampaikan info 5 Minit hentikan Buli Dan Gangguan
Seksual kepada murid semasa perhimpunan pagi.
Ulasan