18/3/2024 (Isnin): Program Ceria Bahagia Bersama (C2B) dijalankan pada awal sesi persekolahan 2024/2025 selama seminggu bermula 10 hingga 14 mac 2024. Unit bimbingan dan kaunseling sebagai penyelaras program dan perlaksanaannya dikendalikan oleh panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, RBT, PSV dan bimbingan dan kaunseling mengikut kreativiti masing-masing.
Program ini melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2 sepanjang waktu sesi PDPc. Antara aktiviti yang disediakan ialah seperti guru Penyayang, reka Cipta Ceria,, Refleksi Ceria, teka Silang Kata, inspirasi Ceria, DIY Name Tag, Perjanjian Peraturan Kelas dan lain-lain lagi.
Objektif program ini ialah
mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan, memupuk nilai murni dan sikap
kerjasama dan persefahaman yang erat antara murid dan guru
Murid tahun 2 UPM sedang membuat (DIY NAME TAG) Bersama rakan di dalam kelas
Guru besar turut Bersama-sama dengan murid untuk mengecat tempat duduk di dataran bintang
Murid
menunjukkan hasil kreativiti melukis dan mewarna poster berkaitan dengan dadah di hadapan
kelas
Ulasan