SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
    PERGERAKKAN GBK 2023/2024
    Pergerakkan GBK:
    1) 6/4/2023: Taklimat Verifikasi Keberadaan Murid Tiada Padanan Dalam APDM Bil.1/2023 PPD Gua Musang: Google Meet

    2) 12/4/2023:Mesyuarat Penyelarasan Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    3) 10-11/9/2023:Program Outreach Bersasar 2023 Kerjasama MGKK, BKPA, IPT: SMK Panggung Jaya

    YOUTUBE BKSKSW2

    Ziarah Cakna Mangsa Kebakaran

    1/4/2024 (Isnin): Pada pagi ini, lebih kurang pukul 10.15 pagi guru besar bersama-sama dengan penolong kanan pentadbiran cikgu Hanafi, guru bimbingan dan kaunseling cikgu Noor Atikah dan cikgu Zuliadi mengadakan ziarah cakna  ke rumah adik Nur  Qistina dari kelas 6 UPM di kawasan perumahan industri. Ziarah cakna ini diadakan untuk  melihat keadaan keluarga mangsa dan selain itu turut  memberi sedikit sumbangan daripada warga SK Sri Wangi 2 kepada keluarganya. Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapanya menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba. Diakhir pertemuan puan Rashidah ibu kepada Nur Qistina mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Sri Wangi 2 atas sumbangan yang diberikan


    Cikgu Mohd Ropi, cikgu Hanafi dan cikgu Atikah sedang mendengar luahan kesedihan dari  ibu adik Qistina  semasa ziarah cakna dirumahnya di kawasan perindustrian kilang kayu

    Guru besar Mohd Ropi menyampaikan sedikit sumbangan daripada warga SK Sri Wangi 2 kepada puan Rashidah Bt Satar , ibu kepada Nur Qistina By Shayrul Anuar




    Ulasan