SALAM SEJAHTERA...BLOG INI MEMAPARKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSW2..... BLOG INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025...
AKTIVITI B&K BULAN MAC 2024:

1)Sesi Bimbingan Dan Kaunseling
2) Pengurusan Bilik B&K
3) Bimbingan Kelas
4) Bersama murid Tahun 1 (transisi)
5) Program Ziarah Cakna
LAPORAN AKTIVITI
PERGERAKKAN GBK 2023/2024
YOUTUBE BKSKSW2

Program Minda SIhat



PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

1.        Pengenalan

 

1.1          Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku.

1.2          Program ini mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.

 

2.       Objektif

 

Objektif program ini adalah untuk;

 

2.1         Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental;

2.2         Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku;

2.3         Melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid;

2.4         Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi; dan

2.5         Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

 

3.       Pendekatan

 

Program   ini  menggunakan    empat   pendekatan  utama   iaitu   pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.

 

3.1                Pencegahan

 

Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

 

3.1.1           Mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan;

3.1.2           Mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit mental; dan

3.1.3           Membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya tindak.

3.2               Perkembangan

 

Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:

 

3.2.1           Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya;

3.2.2                Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan resilien; dan

3.2.3               Meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan

·       berterusan.

 

3.3               Pemulihan

 

Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:

 

3.3.1           Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti; dan

3.3.2           Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy

dan Choice Theory Reality Therapy.

 

3.4               Krisis

 

Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:

 

3.4.1           Mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan mental (contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar);

3.4.2           Melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar; dan

3.4.3           Mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.

 

4        Peranan dan Tanggungjawab

 

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini adalah seperti berikut:

4.1          Pentadbir Sekolah

 

4.1.1           Melaksanakan program dengan lancar dan berkesan;

4.1.2           Memantau pelaksanaan program secara berterusan;

4.1.3           Merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/penjaga; dan

4.1.4           Melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN melalui Sistem Pelaporan lsu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).

 

4.2          Guru Bimbingan dan Kaunseling

 

4.2.1           Menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid;

4.2.2           Melaksanakan penataran program kepada guru;

4.2.3           Menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru, ibu bapa dan murid;

4.2.4           Menyediakan panduan dan bahan program kepada guru;

4.2.5            Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi;

4.2.6           Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut keperluan murid;

4.2.7           Memantau perkembangan murid dari masa ke semasa;

4.2.8           Melaporkan kes krisis kepada Pengetua dan Guru Besar; dan

4.2.9           Menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.

4.3         Guru

 

4.3.1           Memastikan program dilaksanakan dengan lancar;

4.3.2            Memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid;

4.3.3           Merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK; dan

4.3.4           Meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas kurikulum.

 

5      Pelaksanaan Program

 

Program ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah rendah dan menengah serta saringan minda sihat juga di laksanakan di sekolah randah dan sekolah menengah

 

5.1Promosi Minda Sihat

 

Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut;

 

5.1.1           Senarai semak keperluan murid

5.1.2           Program 5 minit Pemugaran Minda Sihat

5.1.3          Teknik Relaksasi

5.1.4           Kuiz

5.1.5           Ekspresi Emosi (luahan emosi di nota pelekat)

5.1.6          Pertandingan - (karikatur, info grafik, lagu dan video pendek satu minit Minda Sihat).

 

5.2                  Saringan Minda Sihat

 

GBK menggunakan saringan minda sihat seperti berikut;

 

5.2.1             Saringan Whooley;

5.2.2             Saringan PHQ 9; dan

5.2.3             Saringan GAD7

 

Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani intervensi menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan Modul Kesihatan Mental Remaja (KKM)


Ulasan